Assalamualaikum...
Air merupakan elemen penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita..tanpa air yang mencukupi, tubuh badan kita akan hilang keseimbangan dan akan memberi kesan terhadap tahap kesihatan kita.
Hari ni saya nak bercerita tentang khasiat air embun.Bukan sahaja air putih baik untuk tubuh, air yang diembunkan semalaman hingga awal pagi juga mempunyai rasa yang lebih sejuk dan segar. Antara khasiatnya ialah melawaskan usus. Mereka yang menghadapi masalah sembelit akan mudah buang air besar selepas minum air embun.
Selain itu air embun juga boleh merawat masalah kulit. Sapukan pada wajah yang berjerawat dan kulit berminyak. Air embun mempunyai kandungan oksigen yang lebih tinggi hingga baik untuk kesihatan kulit.
Dalam pada itu cara mendapatkan air embun adalah dengan menyediakan air dalam balang atau baldi. Biarkan di tempat terbuka semalaman. Pastikan juga air tersebut tidak di cemari debu, air hujan atau apa-apa kekotoran agar bersih.
Nah..best kan khasiat air embun ni kan..so memang tak rugi kalau kita mencuba kan..
Selamat mencuba ye kawan-kawan semua...
Sekian..wassalam...
No comments:
Post a Comment