Assalamualaikum
semua…
Hari
ni saya nak berkongsi tentang buah epal hijau. Pernah dengar tak orang selalu
cakap, makan sebiji epal setiap hari menjauhi kita dari jumpa doktor..tapi
bukan semua orang suka makan epal lebih-lebih lagi epal hijau. Antara sebab
utamanya adalah MASAM!!.. memang betul pun, epal hijau memang masam sedikit
tapi tahukah anda bahawa epal hijau banyak kebaikan lebih-lebih lagi bagi
mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Kenapa
bagus untuk orang yang nak kurangkan berat badan??? Ini kerana ia bukan sekadar
mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolestrol
dalam badan.
Antara khasiat lain epal hijau ia mengandungi zat
besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin
B serta merupakan sumber serat yang mudah larut.
Kawan-kawan digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana
sebahagian kandungan vitamin C
terletak di bawah kulitnya.
Epal
hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron)
pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan
tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau
penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi
sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid
dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan
pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Kawan-kawan akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Kawan-kawan akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Menarik kan sebenarnya epal hijau ni? Saya harapkan
bahawa kawan-kawan yang tidak suka makan epal hijau boleh lah mencuba
memakan epal hijau bermula dari sekarang kerana kelebihan yang diperolehi dari
epal hijau ini sangat membantu tubuh kita.
Semoga dengan sedikit perkongsian ni dapat member manfaat.kepada
kita semua…
Sekian, wassalam…
No comments:
Post a Comment