Wednesday, January 8, 2014

TIPS MENGHILANGKAN STRESS....

Assalamualaikum….

Stressssssss….perkataan yang selalu orang cakap bila dilanda masalah,tertekan , buntu, runsing dan sebagainya…
Saya pun selalu juga stress…bila stress melanda semua benda jadi tak betul, nak marah orang je…dan yang paling teruk anak-anak pun jadi mangsa….
Kenapa stress ni berlaku???
Stres terjadi disebabkan oleh sejenis hormon yang terhasil dalam tubuh kita ketika menghadapi situasi tertekan. Hormon tersebut boleh melenyapkan memori yang pernah dibaca, didengar atau diingati sebelum itu.



Disini saya berkongsi beberapa tip atasi stess:-
Ø  Jadilah diri sendiri kerana  anda lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan diri sendiri
Ø  Lakukan olahraga setiap hari biarpun hanya lima minit tetapi dengan gerakan mudah anggota badan berupaya mengurangkan tekanan anda
Ø  Berfikiran positif dan jauhkan fikiran yang cenderung membuat anda tertekan
Ø  Usahakan untuk tersenyum terutama ketika berasa sukar dan tidak gembira.Ini kerana apabila anda tersenyum, anda membuat otot menjadi lebih relak, menurunkan tekanan darah tinggi dan dapat membantu memperbaiki perjalanan darah serta meransang hormone yang berfungsi unuk mengurangi stress
Ø  Gunakan bahasa tubuh yang baik, berjalan dengan penuh keyakinan dan langkah yang teratur dan lurus
Ø  Dengarkan muzik yang bertempo cepat agar dapat menambah semangat anda meneruskan aktiviti seharian
Ø  Mencari inspirasi baru dengan mengubah suasana di sekeliling anda
Ø  Bersikap wajar dan tenang biarpun anda menghadapi keadaan yang sukar
Ø  Gunakan kelebihan wangian aromaterapi untuk membantu anda tenang dan relak
Ø  Makan makanan yang seimbang
Ø  Dekatkan diri anda dengan Maha Esa kerana hanya Dia maha mendengar…doa dan luahkan perasaan anda denganNya.
Di harap dengan sedikit perkongsian ni kita dapat menangani masalah stress  kita ni..
Jangan biarkan diri kita de selubungi stressss……


Wassalam…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...