Assalamualaikum semua…
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda tentang masalah
kegemukan di kalangan masyarakat Malaysia memang tertinggi di Asia Tenggara..
Disebabkan masalah tersebut maka bermacam jenis produk dan
pusat pelangsingan wujud dan boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Pelbagai cara dan pendekatan yang
digunakan untuk membantu golongan yang mengalami masalah kegemukan ini.
Tetapi tahukah kita bahawa gemuk ni ada jenis dan
kategorinya.. Apabila kita tahu jenis kegemukan kita, amatlah mudah bagi kita untuk
mencari cara dan jalan penyelesaiannya..
Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus
berat ideal. Ini berlaku desebabkan kalori yang masuk ke dalam badan kita
melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan
lemak pada bahagian tertentu badan.
Mari sama-sama kita check yang kita ni gemuk jenis apa ye….
Gemuk Air
- Kulit
kelihatan cerah / putih macam belon
- Bila
berdiri, bahu jatuh
- Badan
menggeleber dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan
berlebihan di dalam badan.
- Badan
akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
- Cuba
picit bahagian lengan tangan, rasa lengan tangan menggeleber dan lembik
tak? kalau ya, tahniah anda gemuk air!
- Cuba timbang waktu pagi dan malam. Jika ada perubahan berat berlaku dalam 1-2 kilogram, tahniah juga, anda gemuk air!!
Gemuk Angin
·
Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
·
Mudah mendapat sakit kepala.
·
Apabila memakai PB set, akan kerap mengeluarkan angin
dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.
·
Gemuk angin ni juga kalau picit bahagian lengan tangan, rasa
lengan tangan menggeleber dan lembik
·
Isi terasa lembik, ada masalah angin da sering sendawa.
Gemuk Daging
·
Kurang makan sayur
·
Rangka besar
·
Suka makan karbohidrat
·
Badan berasa berat dan pejal.
·
Mudah penat apabila melakukan tugas harian
·
Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau
angin ini kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama
daging.
·
Proses penurunan melalui perpeluhan
·
Cuba picit bahagian lengan tangan, kalau merasa pejal dan
padat, tahniah anda gemuk daging
Gemuk air dan Gemuk angin mudah
untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun.
Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal
bersama daging.
Nah!!!
Sekarang kita dah tahu kita gemuk jenis apa..jadi pilihlah cara pemakanan dan
senaman yang bersesuaian agar penurunan berat badan menjadi lebih mudah. Dan
pada mereka yang sedang berdiet, saya doalkan anda semua berjaya…jangan mudah
putus asa ye…usaha itu tangga kejayaan… chaiyokkkkkk!!!!!....
Diharap
dengan sedikit perkongsian ilmu ini membawa manfaat kepada kita semua...
Sekian…wassalam..
No comments:
Post a Comment