Thursday, January 2, 2014

KELEBIHAN SENAMAN SEWAKTU HAMIL

KELEBIHAN SENAMAN SEWAKTU HAMIL

Kehamilan adalah moment yang paling indah dan menjadi impian setiap wanita yang sudah berumahtangga. Fasa kehamilan yang mengambil masa 9 bulan 10 hari adalah satu fasa yang boleh dikirakan panjang dan di waktu itu bakal-bakal ibu disarankan menjaga kandungan dengan baik dan menjaga kesihatan.

Selain daripada menjaga pemakanan yang sihat, para ibu juga harus memastikan tubuh badan berada di tahap yang memuaskan agar bayi dalam kandungan tidak terjejas dan berada dalam keadaan sihat.
Hari ini yati ingin berkongsi sedikit maklumat tentang kelebihan senaman sewaktu kehamilan. Ramai ibu di luar sana kurang terdedah dengan isu senaman sewaktu hamil. Tidak di nafikan, selain dari kurang pengetahuan, faktor gusar atau khuatir bahawa kandungan akan terjejas selalu bermain di fikiran para ibu. Sebenarnya tiada halangan untuk melakukan senaman sewaktu hamil ini malah banyak kelebihan yang boleh diperoleh sepanjang melakukan aktiviti tersebut.


Senaman membantu wanita hamil memperoleh pelbagai kelebihan antaranya mengembalikan mood yang positif, memperbaiki mutu tidur dan mengurangkan kesakitan sepanjang kehamilan. Secara tidak langsung ia juga memberi persediaan kepada wanita hamil untuk berhadapan dengan saat kelahiran.Senaman dapat menguatkan otot dan membina daya ketahanan sekali gus memudahkan wanita hamil mendapatkan semula bentuk badan asal selepas bersalin.

Senaman ideal untuk wanita hamil membolehkan jantung dipam, mengekalkan anggota tubuh, mengawal pertumbuhan berat dan membina otot tanpa menyebabkan tekanan fizikal yang berlebihan kepada anda dan janin dalam kandungan.
Walau bagaimanapun, wanita hamil perlu berjumpa dengan doktor yang merawat sebelum memulakan senaman tersebut.



Disini yati senaraikan beberapa jenis senaman yang sesuai untuk wanita hamil…

# BERJALAN
>Bentuk senaman kardiovaskular adalah yang paling baik untuk wanita hamil.Salah satunya adalah berjalan.Berjalan membina kecergasan tanpa menyakitkan lutut dan pergelangan kaki.Ia juga mudah untuk dilakukan di mana-mana dan tidak memerlukan peralatan melainkan kasut yang baik sebagai sokongan kaki dan ia juga selamat untuk dilakukan selama Sembilan bulan kehamilan.

# BERENANG
>Pakar kecergasan dan penyedia penjagaan kesihatan menyatakan berenang adalah senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita hamil. Senaman lebih ideal kerana ia menggerakkan kumpulan otot yang besar (lengan dan kaki) member kelebihan kardiovaskular dan meringankan berat badan wanita hamil yang biasanya bertambah beberapa kilo sewaktu hamil.

# AEROBIK BERIMPAK RENDAH
>Satu perkara yang menarik tentang kelas aerobic adalah jadual waktunya yang konsisten untuk setiap senaman.Sekiranya kita mengambil kelas wanita hamil, kita akan berkongsi pengalaman bersama bakal ibu dan dapat memastikan setiap gerakan yang dilakukan adalah selamat untuk diri kita dan bayi.

# TARIAN
>Jantung akan dipam setiap kali kita menari mengikut rentak dan perlu selesa ketika melakukannya. Boleh dilakukan dirumah atau mengikuti kelas tarian namun perlu elakkan daripada rutin yang memerlukan kita melompat mahupun berpusing – pusing.

# REGANGAN
>Senaman berbentuk regangan amat baik untuk menstabilkan gerakan badan dan merehat serta melindungi otot dari kecederaan.

# LATIHAN MENGANGKAT BERAT
>Latihan sebegini dapat membantu menguatkan otot jika dilakukan dengan langkah yang selamat dan teknik yang betul ( pergerakan perlahan dan terkawal )

Tetapi sebelum memulakan senaman ni, para bakal ibu haruslah mengetahui 5 peraturan senaman selamat iaitu:
·        - Dapatkan nasihat daripada doktor
·         -Lebihkan pengambilan kalori
·         -Elakkan senaman berbahaya
·         -Pakai pakaian yang bersesuaian
·         -Memanaskan badan

Yati harap dengan sedikit perkongsian ilmu ni kita boleh menambah sedikit sebanyak ilmu dan memanfaatkannya bersama….

Sekian wassalam….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...