Sunday, January 19, 2014

3 AKTIVITI MUDAH CERIA DIWAKTU PAGI..

Assalamualaikum wbt..

Pernah tak kita merasa mengantuk, tidak bersemangat dan bosan di awal pagi….nak pergi kerja pun tak ada mood…nak buat apa pun huruf “M” pun bermaharajalela…rasa-rasa la..macam mana nak hilangkan rasa bosan dan tidak bersemangat yang kita rasa tu…





Waktu pagi adalah waktu yang paling tepat untuk kita lebii bersemangat agar kita boleh menjalankan rutin harian kita dengan lebih baik.
Ada banyak cara untuk mencetuskan semangat dipagi hari ni…di sini saya kongsikan 3 cara yang mudah dan boleh kita cuba untuk membuat diri kita lebih ceria dan bersemangat di pagi hari:-
   >> Keluarkan Peluh
·        Kajian menunjukkan bahawa orang yang melakukan senaman ringan akan tidur lebih nyenyak dan lebih baik pada malam harinya. Aktiviti ringan diluar rumah di pagi hari boleh dilakukan untuk  membangunkan tubuh. Sinar matahari pagi dapat membantu anda “terjaga” dan bersedia untuk memulakan aktiviti harian kita. Dan kebiasaan bangun di awal pagi juga sebenarnya dapat mengekalkan keadaan sihat dan segar.
   >> Berjalan kaki
·        Walaupun aktiviti ini memenatkan, tetapi kita boleh mendapat kebaikan yang besar dari kebiasaan berjalan kaki ini. Aktiviti ini dapat membantu membakar kalori  dan ianya sebagai tip untuk sesiapa yang berniat mahu mengawal berat badan
   >> Sarapan
·        Sarapan amat penting seagai sumber tenaga utama kita untuk memulakan hari dan melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari. Sarapan boleh diibaratkan sebagai “bahan bakar” untuk tubuh kita. Mereka yang terbiasa bersarapan di awal pagi biasanya memiliki tubuh yang lebih ramping berbanding dengan mereka yang melewatkan sarapan atau yang tidak bersarapan langsung.

Sudah tiada alasan lagi untuk kita bermalas-malasan dan rasa tidak bersemangat  di waktu pagi apabila kita melakukan salah satu cara diatas.. islam pun suka umatnya berpagi-pagi dan yang penting waktu pagi itulah pintu rezeki terbentang luas untuk kita…

Diharap dengan sedikit perkongsian ni dapat membuka mata dan minda kita untuk meneruskan kehidupan kita dengan lebih bersemangat dan bermatlamat…

Sekian wassalam…



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...