15 KESILAPAN IBU BAPA MENDIDIK
ANAK-ANAK
Anak adalah
anugerah yang tiada nilainya yang Allah SWT kurniakan kepada hambaNya dan
kehadiran anak amat didambakan oleh setiap pasangan yang telah berumahtangga…
Anak-anak
juga adalah amanah dari Allah SWT dan aanya sebahagian dari ujian Allah SWT kepada
kita hamba-hambaNya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.
Sebagaimana ayat Al-Quran surah
At-Taghabun, 64:15 yang bermaksud “ Harta
benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala
yang besar”. Dan, orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak
tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Sekadar
untuk berkongsi dan mengingati diri sendiri, saya senaraikan 15 kesilapan ibu
bapa dalam mendidik anak-anak. Dewasa ini dengan kecanggihan dan arus zaman
moden, kita sememangnya umat di akhir zaman ni sentiasa leka dan banyak
mengambil langkah mudah dalam mendidik dan cara membesarkan anak-anak.
1. Kurang berdoa
# Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan semasa
mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar , Doa memohon rahmat (Al-Quran
Surah Ali Imran,3:8-9) , Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali
Imran, 3:38) dan Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran surah Ibrahim,
14:40-41)
# Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan
diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH SWT(Al-Quran
Surah Al-Baqarah, 2:128)Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati(Al-Quran Surah
Al-Furgan,25:74)Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak memberi belaian
#Tarhib(menakutkan)daripada Targhib(didikan atau motivasi) seperti:menakutkan
anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap,menakutkan dengan
hutan rimba atau bukit bukau,menggunakan kekerasan dan paksaan meyuruh anak
tidur.
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
#Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak,terlalu memfokuskan
anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Menegur anak secara negative
#Seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
(terutama semasa marah).Membandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lain atau
anak orang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang
#Didikan antara jasmani(fizikal),rohani(spiritiual)dan
minda(intelektual) yang tidak seimbang.Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari
pendidikan rohani.
6. Kurang menberi sentuhan
#Kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung
cucu-cucunya dan mencium mereka.Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari
Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau al-Hussien bin ali r.a. Ketika itu Aqra’
bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.Berkata Aqra’: “Ya
Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh anak , tetapi aku belum pernah mencium
seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa
yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi .” –(Maksud Al-Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.)
7. Penampilan diri yang kurang anggun
dan kurang kemas
#Ibu bapa tidak menunjukan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah,iaitu berpakaian secara selekeh atau
berpakaian seksi di hadapan anak-anaknya.
8 8. Susunan rumah tangga yang tidak kemas
#ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar
menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang meghidupkan sunnah di rumah
#Seperti member salam,makan berjemaah,beribadat bersama-sama,dan
sebagainya.Dalam menjawab salam,lazimkanlah mejawab salam dengan yang lebih
baik dari salam yang diberi.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang
mudah dilihat oleh anak-anak
#Dalam islam,merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang
cemarlang
#Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak
mulia.Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,kuliah agama dan
aktiviti-aktiviti yang bersesuian dengan akhlak islam.
12. Bertengkar didepan anak-anak
#Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan menbenci salah seorang
daripada ibi bapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya
masuk ke dalam rumah kita,
#Baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,kerana ini
akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
1 14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
#Sama ada dari Tv ataupun video.Pengawasan penting kerana kebanyakan
rancangan menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki
dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan pergaulan yang boleh
merosakkan agama anak-anak.
1 15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah
#Untuk mendidik anak-anak.Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal
diakhirat kelak akan anak-anak ini.Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan
kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan islam.
Di harap
dengan sedikit perkongsian ilmu ni, kita sebagai ibu bapa dapat mengubah cara
didikan terhadap anak-anak kita…InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment