Sunday, December 29, 2013

AIR OOOOO....AIR

AIR OOOOO….AIR….

Air merupakan asas kepada kehidupan manusia.Manusia yang tak makan 2-3 hari masih boleh bertahan..tapi macamana kalau 2-3 hari tanpa air??
Jadi, di sini,yati senaraikan 9 sebab utama kenapa kita perlu minum air:

1.Penurunanberatbadan – bagi sesiapa yang ingin berdiet, anda digalakkan 'berkawanbaik' dengan air kosong sebabnya air ni merupakan alat terbaik bagi proses penurunan berat badan. Jika tiba-tiba anda berasa lapar (ketika bukan waktu makan anda lagi), ia sebenarnya bukan lapar, tetap itubuh anda memerlukan air.
Jadi, fungsi airkat sini untuk memintas selera makan anda.Bila lapar je, terus cari makan...macamana anda nakberdiet? Air kosong ni tak ada lemak, tak ada kalori, tak ada karbo dan tak ada gula. Minum air kosong sebenarnya amat membantu rejim penurunan berat anda.


2.Kesihatan jantung – apabila anda minum air pada kadar yang cukup, anda sebenarnya dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung. A six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a day were 41% less likely to die from a heart attack during the study period than those who drank less than two glasses.

3.Tenaga – Apabila kita berasa dahaga, itu bermakna badan kita sudah dehydrate. Dehydrate ini akan menarik tenaga dan membuatkan kita berasa letih. Oleh itu, penting untuk kita sentiasa  minum air bagi mengelakkan badan kita dehydrate yang boleh menyebabkan kelesuan, lemah otot, pening kepala dan lain-lain simptom.










4.Pengubat sakit kepala – Sakit kepala merupakan salah satu gejala tanda badan kita kekurangan air.

5.Kesihatan kulit - Minum air terbukti boleh melembapkan kulit dan mengelakkan kulit kering. Air juga berfungsi untuk membersihkan kulit dan membuatkan kulit lebih berseri.

6.Masalah penghadaman – Sistem penghadaman kita memerlukan air yang cukup untuk mencernakan makanan yang kita makan. Air sangat-sangat membantu dalam menangani masalah perut berasid dan sembelit (air bersama fiber)

7.Ejen pembersihan - Air berfungs iuntuk mengeluarkan toksin dari badan kita.

8.Risiko kanser – minum sejumlah air kosong yang bersih boleh mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45%. Minum air kosong yang cukup juga boleh mengurangkan risiko pundi kencing sebanyak 50% dan juga berpontensi mengurangkan kanser payudara.

9.Senaman yang lebih baik – Kalau badan kita kekurangan air, ia akan melambatkan dan merencatkan aktiviti senaman kita.Bersenam ni memerlukan air tambahan, jadi adalah penting untuk memastikan air diambil dengan mencukupi sebelum dan selepas bersenam.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...