Saturday, May 3, 2014

ZINK COMPLEX SHAKLEE MEMPERCEPATKAT PENYEMBUHAN LUKA

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya nak share dengan anda semua tentang kebaikan zink complex shaklee.
Ceritanya bermula apabila suami sy mengadu yang dia mengalami pendarahan apabila dia membuang hadas besar. Ni menandakan ada luka dalaman yg berlaku. Suami sy menyangkakan bahawa dia akan terkena buasir. Kesakitan setiap kali selepas membuang hajat mendorong suami sy mengambil vitamin zink complex shaklee. Dan alhamdulillah..kesakitan akibat pendarahan semakin kurang dan sy sentiasa memberi sokongan agar suami terus mengambil vitamin shaklee untuk meningkatkan tahap kesihatannya.

Friday, May 2, 2014

RAWAT GUSI YANG BENGKAK

Gusi yang bengkak memang menyukarkan terutamanya untuk makan. Boleh amalkan petua ni untuk meredakan bengkak. Ambil sedikit kulit pokok mempelam atau mangga. Basuh dan rebus dengan sedikit air dan campur dengan sedikit garam. Apabila menggelegak, angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam panas. Berkumurlah setiap hari dengan air rebusan tadi.
Selamat mencuba..

Thursday, May 1, 2014

TANGANI TEKANAN MENTAL

Kehidupan kita dipenuhi dengan kesibukan menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Stres penyumbang kepada tekanan mental dan tanggungjawab.
Bagaimana tangani tekanan mental ye:

1. Berbincang dengan orang yang dapat membantu

2. Mengendalikan emosi dan kemurungan secara terkawal dan matang

3. Dapat menerima kelemahan dan kebolehan diri sendiri tanpa membanding dengan orang lain

4. Merancang dan mengguna masa secara bijak, sesuai dengan matlamat dan tujuan hidup yang realistik

5. Amalkan cara hidup sihat melalui penjagaan makanan, beriadah dan istirehat yang cukup.

Wednesday, April 30, 2014

PETUA REDAKAN RUAM PANAS BAYI

Assalamualaikum..

Hari ni sy nk berkongsi dengan anda petua bagaimana nak meredakan ruam panas pada bayi.

Masalah ruam panas boleh menyebabkan bayi menangis. Petua ini boleh membantu para ibu semua. Petuanya ialah ambil tepung kanji dicampurkan sedikit bedak wangi, kemudian lumurkan pada bahagian badan yang mempunyai ruam panas. Sebaiknya lumurkan selepas mandi. InsyaAllah ruam panas akan beransur sembuh.

Semoga dengan sedikit perkongsian petua ni dapat menyelesaikan masalah para ibu semua..
Selamat mencuba :)

Tuesday, April 29, 2014

MASKER ESP SHAKLEE YANG AWESOME

Assalamualaikum dan salam sayang..

ESP umpama ratu bagi produk Shaklee. Ramai yang jatuh cinta dengan esp yang memang terkenal untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan.kulit.
Dan hari ni saya nak berkongsi dengan anda bahawa ESP selain di minum, ESP juga boleh dibuat masker tau..memang best sangat-sangat.
Dan saya berbesar hati nak kongsi resepi masker ESP tu...hihihihi..

1. Untuk mencerahkan kulit
     - 1 sudu kecil ESP + 2 sudu besar yogurt

2. Untuk tegangkan kulit dan melicinkan kukit
     - 1 sudu besar ESP + 2 sudu besar yogurt + 1 sudu kecil shaklee kolegen alfalfa

3. Untuk kecutkan jerawat dan kulit berminyak
     - 1 sudu besar ESP + 2 sudu besar yogurt + 1 biji alfalfa (pecahkan)

4. Untuk hilangkan parut jerawat dan bintik hitam
     - 1 sudu besar ESP + 2 sudu besar + 1 biji zink (dipecahkan)

Bestkan..anda boleh melakukan bila-bila masa sahaja.Dan yang pasti anda akan merasa kelainannya..

Pada yang berminat boleh sms|wsap saya ye 012 6061157 ye.. :)

Monday, April 28, 2014

LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Rebus bahan tersebut hingga mendidih. Kemudian biarkan seketika hingga menjadi suam. Cuci bahagian luka dengan menggunakan air tersebut. Selamat mencuba!!!..

Sunday, April 27, 2014

PETUA BUANG ANGIN DARI BADAN

Masalah angin dalam badan memang tidak menyelesakan. Perut terasa sebu dan asyik bersendawa. Anda boleh menggunakan beberapa petua berikut untuk mengatasinya. Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuh sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari. Selain itu boleh juga kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya lalu makan mentah-mentah. Badan menjadi hangat dan angin akan keluar serta rasa mual dan pening akan berakhir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...